FAKTA

SD Group, merupakan jenerasi dari Steady Dynesty Sdn Bhd yang asalnya adalah Steday Global Network yang satu ketika dahulu site line kepada SYN, One Team yg satu ketika dahulu meruapakan pengedar barangan dari DCHL yg sudah tutup. Hanya Steady Dynesty yg masih tinggal, yg lain dh gulung tikar... SD pun bakal tutup tikar tidak lama lagi. SD skrg, mengedar produk keluaran MC-Ocean yg lisen nya ditolak olh KPDNKK, yg dahulunya dikenali sbg Mcren Oceanus... Bertukar nama kerana tidak dpt kelulusan KPDNKK, namun ianya sekejap kerana keraguan dan modusoperandi Mc-Ocean dan SD diketahui.

Jauhi SD dan Mc-Ocean.
Say No To MLM.

Friday, 23 August 2013

10 Tips Berjaya Dalam MLM

# 1 - Jangan Cuba Fahami 100% Tentang Bzns MLM.

Jangan buang masa untuk memahami setiap fakta tentang bzns MLM yang akan korang ceburi - buang masa tuh. Join aje terus, terjun nekad dengan komitmen 100% - itu yang lebih penting. Kalau ko nak fahami tentang setiap ciri yang ada dalam produk, dalam pelan pemasaran, dan kesan sejagat kepada masyarakat, sampai bila korang tak akan menceburi bidang MLM neh. Ini akan membantutkan proses ko nak jadi kaya beb. Apa yang penting sebenarnya? Cari downline sendiri yang ko akan atur berderet kat bawah ko, dan pastikan dia orang pun cari downline dia orang (2 level kat bawah ko, dan 3 level dan 4 level, 5, 6, 7... dan seterusnya), sampai ko boleh bina satu rangkaian yang besar, dengan sejumlah mangkok-hayon yang sama dungu, yang akan menjana duit berkepok-kepok masuk poket ko, jika bzns ini berjalan lancar. Jangan fikir yang ko perlu study setiap apekebenda tentang bzns tu seperti yang disarankan oleh ulama' Islam - kalau nak ikut apa kata ulama' - al-namanya pokai sampai mati la ko beb. Semua benda imbuhan akan jadi riba', semua bzns jadi tak boleh, semua perkara jadi tak berkat. Forget what Islam says... what the fuck for man? You ain't gonna get rich that way.

# 2 - Jangan Buat Bzns MLM Secara Perlahan.
Bila ko join aje mana-mana MLM atau skim piramid, pastikan balik rumah aje, terus ko cari downline. Jangan tunggu sampai esok, jangan tunggu sampai minggu depan... sampai rumah aje, terus jadikan bini, adik, kakak, abang, bapak, mama atau opah ko yang dah stroke tu... sebagai downline pertama - dan pesan dia orang untuk cari downline dia orang, kalau boleh malam itu jugak. Tolong opah ko tu dial nombor kat henpon, biar dia cari sepupu dia (yang stroke jugak) untuk jadi downline. Kena agresif... no time to waste man! Kalau ko nak samakan kadar naik bzns MLM dengan bzns konvensional, memang akan jadi susah bang. Kalau bzns konvensional, ko kena melabur jumlah modal yang besar, lepas tu ko kena tunggu bzns naik, dan ko mungkin pulang modal lepas 2 atau 3 tahun... dan kalau semua berjalan lancar, mungkin ko akan jadi millionaire dalam masa 17 tahun. Where got time meh? Dengan bzns MLM, ko boleh jadi millionaire dalam masa 60 hari, macam KhairolR KepundekR. Itu aku cakap - balik rumah lepas NDO/taklimat MLM tu, terus cari downline, dan pastikan setiap hari untuk 20 hari pertama, ko cari dan dapat sekurang-kurangnya satu downline sehari. Daripada 20 downline, dia orang akan cari mungkin 5 downline seorang, dan daripada 100 orang (level 2), dia orang cari 500 downline (level 3), pastu ia akan mencanak naik secara ekponensial beb - 2,500... 12,500... 62,500... woohoohoo! Millionaire bebeh!

# 3 - Berhenti Kerja Secepat Mungkin.
MLM atau yang sekarang ni geng kapiaq suka panggil "Network Marketing" atau "Affiliate Marketing" adalah satu tiket untuk korang jadi kaya-raya dengan sekelip mata - jadi tinggalkan aje kerja bangang seperti jawatan guru, jurutera, doktor, misi, technician, mat despatch atau juga mat rempit yang merempit itu semua. Korang tak akan berjaya buat bzns MLM kalau buat kerja ni part-time. Korang takleh sambil-sambil kerja makan gaji, buat bzns MLM, sebagai satu cara untuk menambah pendapatan, sedangkan korang ada kerja yang tetap yang akan mengambil sebahagian besar masa harian tu. Kalau korang resign, berhenti jadi kulibatak majikan/boss, korang akan merasa kebebasan untuk cari downline, tanpa ada halangan. Daripada subuh sapi'e, sampai pulak subuh sapi'e keesokan harinya ko boleh melepak kat kedai mamak, layan lepas satu prospek ke satu prospek tanpa putus-putus. Silap-silap dalam masa 60 hari ko dah boleh beli BMW 525i (2nd/3rd hand), sedangkan ko punya boss masih bawak kereta Camry cabuk. Not joking.

# 4 - Rayu/Hasut/Pujuk Orang Lain Untuk Join Bzns MLM. 
Ramai orang-ramai yang tak faham tentang mekanisma pencarian downline, dan apa kegunaannya melayan dan membelanja prospek di kedai mamak itu. Pencarian downline itu adalah intipati perniagaan MLM ini - dan orang ramai keliru sebab mereka tidak faham bahawa dengan adanya downline baru, akan ada satu lagi punca duit riba' yang akan masuk poket upline (seperti ko) berkepok-kepok brader. Jadi, biarlah orang-ramai pandang kita hina macam khinzir, biarlah mereka kata kita pengemis moden, biarlah orang kata kita monkey tarak sekolah, biarlah Aidid Mu'addib dulu pernah maki-hamun yang penganut MLM itu anak kapiaq yahudi yang tak kenal rezeki halal-haram.... peeraaah! Apa yang dia orang tahu bang? Ada dia orang dapat gaji 5 angka seminggu? Ada dia orang dapat ngompol duit lebih sampai boleh bawak bekal ke liang lahad? Tarak pun aku nampak - tapi saban hari dia orang sebok jadi kulibatak bos dia orang. Apadaaa?

# 5 - Mesti Jumpa Prospek Face-to-Face.
Jangan cuba menerangkan bzns MLM ko tu kepada mana-mana prospek dengan bercakap melalui telefon - nahas ko nanti. Mest ajak jumpa face-to-face... sebab kajian yang dilakukan di Amerika oleh Persatuan Scammers MLM Seantero Amerika mendapati bahawa kalau ko buat "pitch" tentang bzns MLM ko tu melalui henpon - ko akan menghadapi kemungkinan 99% "failure-rate". Tapi, kalau ko ajak prospek minum-minum dan makan-makan (pegi kedai mamak, save duit sket), kadar ko boleh pancing bahalol itu akan meningkat daripada 1% tadi kepada kebih-kurang 23%. Keberkesanan hasutan dan pujukan face-to-face adalah 23 kali ganda lebih berkesan tu beb. Tapi, ko kena lupakan fakta bahawa kebarangkalian ko akan berjaya dapat downline hanyalah lebih-kurang 1 per 5. Jangan fikir ke situ... ko kena tipu diri sendiri sebaik mungkin. Kalau tak, ko akan depressed cepat sangat, nanti susah pulak nak jadi millionaire. Korang kena ambik iktibar si AssCramp penjual kaca kepundek QuestNet - dah ada seribu fakta yang mengatakan kaca BioDisc tu hanyalah scam skim piramid bawaan hindu - dia masih berkeras ayaq kaca tu boleh kasi sembuhkan kanser, stroke dan low IQ. Sengap-bingai 1st class macam cipan bingai.

# 6 - Jangan Kasi Tahu Prospek Bzns Ko Adalah MLM.
Kalau awal-awal lagik ko dah kasi tahu mamat atau minah prospek yang ko layan tu bahawa bzns yang ko ajak dia join itu adalah MLM, alamat mampos la cita-cita ko nak jadi kaya dik. Trick MLM ni sempoi aje... ko kena jadikan prospek-prospek ko tu sebagai downline, by hook or by crook. Selepas dia orang dah join, tak kesah la dia orang dah tahu atau dah faham bahawa bzns yang dia orang join itu MLM atau skim piramid... who the fuck cares? Dia orang akan stuck macam ko jugak, dan dia orang kan kena cari downline macam ko jugak... so again, who the fuck cares? Jadi, masa awal-awal tu, ko kena pandai kelentong dan kasi usap-usap cerita bzns tu kepada- berapa kadar keuntungan, bila boleh beli BMW 2nd hand, bila boleh melancung ke Hong Kong, kasi tunjuk cek kelentongan sampai ratus ribu macam Hanis Haizi scammer mala'un 1st class... you know, the usual stuff. Kalau dah terpaksa, tipu-tipu dan kelentong-kelentong aje gitu beb. Cakap ini bukan MLM tapi "affiliate marketing" atau "direct selling". Cakap Muhyidin Yassin hari tu datang buat perasmian, atau cakap Score A ni ada sokongan daripada USM what-the-fuck. You know... the usual stuff.

# 7 - Trick Kengkawan Dan Sedara-Mara Untuk Pergi Taklimat/Talk/NDO.
Hui! Ini cara paling best dan paling cilanat korang boleh buat kat kengkawan atau sedara-mara korang beb. Korang ajak sapa-sapa yang lemau tu untuk keluar makan, lepas tu ko terus drive kereta buat tak tahu sampai ke HQ untuk talk/taklimat kejadah MLM whatever. Jangan lupa suruh dia bayar sendiri yuran RM70 untuk masuk dewan dan lepas tu kasi dia dengar pep-talk berdegar-degar daripada gorilla wakil syarikat MLM tu bertempik-sorak untuk kasi chimpanzee yang beratus orang duduk kat bawah masing-masing naik seh, jadi horny semacam... well, macam chimpanzee yang horny. It always work like a charm baby. Kalau ada prospek sebegitu yang mengamuk sebab dia kena trick buta-buta, ko sebagai penganut MLM yang tegar, jangan terlalu ambik hati dengan maki-hamun atau kena ludah atau kena sontot... itu semua adalah sebahagian daripada lumrah orang untuk jadi millionaire buat MLM palepundek neh. Apa nak kesah orang marah? Janji pakcik kayo!

# 8 - Kasi Tahu Satu Dunia Income Ko Berapa.

Mesti war-warkan benda riak sebegini dik - ini bertujuan untuk kasi prospek tu semua leleh (ayaq liuk, bukan ayaq...) dengar berapa banyak duit keuntungan dan duit riba' yang ko dah kumpul selama ko buat bzns misteri ko ni. Kena beli BMW 525i (2nd hand), sebab kalau ko masih bawak Kancil... what the fuck nye ada orang nak percaya yang ko dah berjaya dalam bzns neh... you follow? Itu sebab korang boleh tengok kat internet dan khasnya kat fesbuk, mala'un-mala'un meleis baik species mat rempit mahupun minah klepet semua kipas-kipas duit, dan bergambar dengan BMW 2nd hand masing-masing, siap dengan ibu-jari melentik - korang tengok AC Mangkok-Hayon, KhairolR, Ustaz Wadefak Bin Wadehel... semua dia orang kipas-kipas duit dan bergambar dengan kereta mewah beb. Tujuan utama adalah untuk menghasut dan melayor bebudak meleis yang dungupiang dan yang lemah iman tak cukup tunjuk-ajar emak-bapak, supaya terpengaruh untuk join mana-mana MLM dan skim piramid. Nak harapkan manusia yang tinggi IQ dan yang profesional untuk join bzns scam kejadah macam MLM... mintak mahap la brader. Always aim for the little ones, and the poorest ones... and the most stupid ones. You will be a millionaire in 60 days. Not joking.

# 9 - Jangan Tonjolkan Diri Sendiri Yang Sebenar.
Menonjolkan siapa diri sebenar adalah penyakit yang paling berat yang selalu berlaku kepada penganut MLM yang akan kantoi dalam bzns ni awal-awal lagik. Korang takleh tunjukkan sapa ko sebenarnya - mesti pandai berlakun macam Brad Pitt. Kalau ko berlakun macam Jean Claude Van Damme... hai alamak jadi kulibatak yang sangkut tengah jalan la jawabnya. Dan kalau ko berlakun macam mana-mana pelakun melayu kat Astro... hahaha! Ko tengah high hisap ganja ke apa bang? Ko kena tonjolkan bahawa ko seorang yang telah berjaya dan ada banyak duik - walaupun malam tadi ko hanya makan maggi. Ko kena melaram dengan 525i 2nd ko tu, walaupun ko isi petrol RM10. Mesti kekalkan lakonan ko ke titisan darah terakhir, sebab setiap prospek adalah sumber kewangan ko, kalau ko berjaya tukarkan dia dari seorang prospek kepada seorang downline kulibatak dungupiang. Jadi, kena pastikan prospek yang dungupiang itu sentiasa "look up to you". Kalau benda sempoi sebegini pun takleh buat, baik ko humban BMW ko tu masuk lubang jamban. You will not make it to be a filthy fucking dumbfuck millionaire man!

# 10 - Jangan Ada Kaitan Emosi Dengan Prospek/Downline. 

Tak kesah downline ko tu bini atau emak ko atau opah ko yang dah kena stroke - ko takleh terlalu emosional dengan sapa-sapa yang ko dah jadikan downline. Ko nak jadi millionaire ke idak ni dik? Ko dengar cakap aku neh. Kalau ko hasut prospek dengan kaedah cumbu-rayu atau ungkit-mengungkit atau whatever, pastikan ko tidak akan rasa bersalah bila ada downline kerugian atau dah kena kencing oleh diri ko sendiri. Kalau ko senang mengalah dan senang dipujuk oleh orang di bawah network ko... ha siap satu hari nanti ko akan dibebankan dengan rasa bersalah dan rasa menyesal. That is not good. No remorse, no regret, no mercy. Mesti jadi macam mesin (macam Arnold si Terminator gitu). Ko hasut, ko pujuk, ko ayat - lepas tu bila dia orang join bzns MLM tu di bawah ko, apa lagi beb... kigho duik ajo la lopeh tuh. Kalau dia orang tak berjaya, bungkus awal, kerugian atau whatever... dia orang leh gi mampos macam Khairul Hazwan yang sesat jalan, gitu. Mat rempitnya dengan bangga "idolized" Robert Kiyosaki, sedangkan mamat scammer kapiaq tu dah bertahun jadi bahan jenaka di USA. Mangkok-hayon punya anak sakai tak sekolah, baru keluar hutan. Tapi, korang elok ambik iktibar daripada Khairul Hazwan... walaupun Kiyosaki tu ramai yang tahu adalah pengelentong yang takde perasaan malu, masih ada budak dungu yang mengagung-agungkan kapiaq tu. Maknanya? Kebanyakan korang dah sememangnya tak dikenali, dan takde sapa tahu ko datang dari mana, atau berapa kali ko dah bankrap - jadi dengan lakonan macam George Clooney, serta tiadanya perasaan belas kasihan seperti Bernie Madoff - ko yang akan jadi upline terunggul pasti kan berjaya dalam bzns MLM neh. Not joking.

Sumber : Aidid Muadid

Sunday, 18 August 2013

Plan Marketing SD Group Part 2 RM31K

Modal RM31, 000.

Dengan bermodalkan RM31K korg blh lompat terus jadi Star Primer, SP tanpa melalui GP dan DP. Cara senang lha konon! Puih! Peratus yg berjaya bila join Mc-Ocean nie 1% jer. Why? Tak semua org bodoh mcm diorg, sampai sanggup resign keja. Duit hasil dr bisnes mlm ni haram sebb income nya adalah hasil dari Downline. Kalo dah jd kp, sorg babun yg join KP akan dpt 1k lebih, kalo 10 org?? dh 10k.. duit saper?? Duit babun2 diorg ler... kalo KP dh resign, diorg akn buat mati-matian sampai lh korg bg duit. Kan???

Tak perlu jadi SP pun blh jgak berjaya.

Ni rahsia yg bakal merugikan upline. Why? Kalo korg maseh GP dgn modal RM1983, dan downline korg nk jd SP, secara automatik, korg akn jd SP jugak tanpa perlu bayar RM31K pun... Upline2 rugi.. Korg untung sekejap. Sebab tu, ada member2 mc-o ni yg rigister GP atas nama fmly dorg, leps tu rigester la babun SP pulak... kan?? Push Up... Pun boleh kan??? Kalo semua buat mcm nie, MC-Ocean tutup... Bangang!!

Friday, 16 August 2013

Matematik Asas Dalam MLM & Skim Piramid

Jangan takut saudara-saudari, mari kita belajar matematik asas tentang skim piramid dan MLM. Matematik itulah perkara asas kepada semua skim piramid ni pun... bukannya benda lain. Dewasa ini, terdapat banyak skim piramid di internet ni. MLM tu pulak, kebanyakannya hanyalah "skim piramid berproduk". Sebab dengan adanya internet dan khasnya facebook atau myspace sekarang ni, lagi banyak la Pak Man Teloq membiak-biak, beranak-pinak. Yeay! 

Contoh skim piramid paling ringkas: Sistem 1 cari 2 (carilah mana-mana skim yang ada sistem cara ni). Yang paling senang, sistem "chain-letter" di mana seorang mala'un (level 1) akan hantar surat pada 2 orang lain, mintak seringgit (level 2), yang kemudiannya perlu menghantar surat kepada 2 orang lain mintak seringgit jugak (level 3). Dan setiap level tu buat benda yang sama, sampai jumlah yang buat kerja lagha ni meningkat secara geometrik, jadi akhirnya level 1 & 2 akan dapat 10 hinggit sorang. Selalu dia akan cakap kalau tak kasi sehinggit tu, sesuatu "bad luck" akan menimpa. Sebenarnya, memang betul bagi seringgit tu yang dah dikira bad luck... bad luck sebab ada otak yang percaya kepada bad luck, ada otak kat kepala lutut la gitu. Skim ini seterusnya akan berkembang sampai takde lagi manusia yang boleh dihantar surat. Jadi... akhirnya, ia akan bungkus. Walau bagaimana pun, chain-letter seperti ini sudah jarang dijumpai sebab sekarang ni takde orang nak kasi duit pada orang lain tanpa sebab der!


Kalau dalam skim piramid pulak... lagi rumit bzns modelnya, lagi best. Tujuan asal buat mende ni adalah untuk kelentong orang... jadi kalau nak kelentong dengan berkesan, kena kasi putar-alam kow-kow! Salah satunya adalah skim piramid yang diubah-suai yang dipanggil sebagai "The 8-Ball Model". Dalam bentuk ini, seseorang hanya akan dapat habuan selepas sesiapa yang join dapat mengrekrut 3 level ahli baru. Jadi, sipolan A akan rekrut 2 orang di bawahnya (B & C), yang mana 2 orang ini akan rekrut 4 orang pulak (D, E, F, G), dan yang 4 ini akan rekrut 8 orang lagi dibawahnya, ad infinitum... sampai infiniti katanya (cuma infiniti itu tidak akan kesampaian, sebab jumlah manusia itu finit). Katalah setiap orang bayar RM1000, jadi sipolan A akan mengaut semua wang daripada 8 orang tersebut, RM8000. Jika seterusnya 16 orang join di level seterusnya (level 5), maka B dan C pulak dapat RM8000 setiap sorang. Yang "bestnya" pasal sistem ni, dengan bayaran penyertaan yang tinggi sebegini, tak payah cari ramai ahli, dan pulangannya pulak tinggi. Eh... RM8000 tinggi ke? Dajjal sebegini memang ligat kepala hotak, sebab kalau dia hanya berlakun, di mana A, B, C, dan mungkin D, E, F, G jugak diri dia sendiri, dia boleh kaut RM8000 X 7 tu... woohoo! Lepas tu, dia cha alip boat leee.... lantak la level-level kat bawah tu cari downline tak sudah-sudah, sampai skim tu crash.



Apehal skim piramid ni jijik sungguh pada orang Islam yang waras? Secara ringkas, seperti yang kita lihat di atas, ia hanyalah satu "money-game" dan "vertical upward movement of money" (perpindahan duit ke atas), yang mana akhirnya akan menyebabkan 3 level terbawah mengalami kerugian. Dalam model 8-ball, kadar kerugian akan melibatkan lebih daripada 7/8 (>88.5%) ahli yang join. Gila baboon punya sesat nak cari rezeki sebegini.
  
Hey... bentuk sistem piramid yang berikut memang dah famous sekarang. "The 2-up system"... familiar? Login Facebook 100 Hinggit! Yahoooo! Dalam skim sebegini, "jualan" daripada 2 orang downline yang diperolehi akan pergi kepada mala'un yang merekrut anda tadi, dan downline ketiga dan seterusnya pula dapat bulat-bulat kepada anda, seterusnya 2 daripada downline yang diperolehi oleh downline anda. Get it? Apa yang akan berlaku? Kadar keuntungan untuk mereka yang di atas akan berlipat-ganda secara eksponential dan akan menyebabkan seseorang itu bersungguh-sungguh untuk cari downline banyak-banyak, sebab ianya kan memberikan keuntungan yang besar kepada sesiapa yang join skim ini... dan yang paling teristimewanya adalah kepada sesiapa yang join DULU! Kat Malaysia ni, Celya Tay la gamaknya tu kut.... hari-hari makan duit orang Melayu, dan orang-orang Melayu yang bongok macam Abdul Malik, Azam Zainal, Fatmawati, Haena, Azroz dan berlambak lagi... sebok membontot si-alkafirun tu hari-hari. Islam ke apa ntah!


Jadi, apa problem nya dengan sistem 2-up ni? Seperti model 8-ball, pertambahan ahli juga adalah dalam bentuk siri geometrik di mana setiap level baru adalah 4 kali ganda lebih besar daripada level sebelumnya. Jikalau "produk" dan/atau "insentif" yang ditawarkan itu tidak digembar-gemburkan sebagai sesuatu yang hebat dan istimewa, ataupun produk tidak boleh dijual berulang kali kepada pelanggan yang sama, maka kita akan kehabisan mangkok hayon yang nak join bzns ni dengan cepat. Jadi mereka yang kat bawah sekali akan kerugian. Secara matematik, lebih daripada 75% ahli akan rugi, sementara level yang kedua terbawah akan hanya pulang modal.... tetapi jika kita kira belanja mereka ini untuk (mungkin bawak prospek ke kedai mamak) cari 4 downlines tadi, dia orang pun akhirnya kerugian juga secara kumulatif. 

Jadi, untuk sistem piramid 1 cari 4, apabila tiada lagi mamat dan minah low IQ atau dajjal wang-ringgit masuk menyertai skim sebegini, bila mana "crash" berlaku, kadar kerugian ahli yang join melebihi daripada 75%! Hai... sapa la yang mangkok promote LoginFB 10 hinggit (Infinity Downlines) tiap hari kat facebook tu? Len-macam punya bawaan betul la pulak... macam sia-sia aje la ambik matematik masa SPM. Macam sia-sia emak-bapak siapkan ko pagi-pagi naik van pegi sekolah.... hmmmm.

  


OK... saya dah bincangkan asas matematik seperti kat atas, yang asalnya datang daripada formula asas progresi geometrik dalam kalkulus:


Sekarang untuk apa saja sistem MLM/skim piramid yang ada syarat cari orang (nanti ada la pulak psycho yg akan cakap, kita tak payah cari orang, orang akan cari kita! Terencat akal betul mamatnya... sama la tu dey!), sama ada cari 2, 3, 4, 5, 6, 10, 20 ,100... prinsip kalkulus di atas boleh digunakan. Jadi skim piramid ke, MLM ke, kalau ada syarat tajaan, iaitu adanya upline dan downline, bzns model tersebut akan menyebabkan jumlah ahli bertambah secara eksponential dan apabila peringkat ketepuan tercapai, bila mana tiada ahli baru di dapati, ianya akan "collapse/crash" dan kadar kerugian ahli dapat di kira dengan formula di atas.


1 downlines 2, kadar kerugian > 50%
1 downlines 3, kadar kerugian > 67%
1 downlines 4, kadar kerugian > 75%
1 downlines 5, kadar kerugian > 80%
1 downlines 6, kadar kerugian > 83%
1 downlines 7, kadar kerugian > 86%
1 downlines 8, kadar kerugian > 88%
1 downlines 9, kadar kerugian > 89%
1 downlines 10, kadar kerugian > 90%
1 downlines 11, kadar kerugian > 91%
1 downlines 12, kadar kerugian > 92%
Dan seterusnya.

Inilah asas skim piramid dan MLM, di mana MLM itu pula hanyalah "skim piramid berproduk" - korang pegi la tanya economists atau accountants, betul ke tak aku cakap ni? Jangan tanya Hairul Nizam, jangan tanya upline yang keje operator pengeluaran, jangan tanya adik ko yang masih form 4... tanya orang yang cekap matematik atau statistik (uik! aku tarik balik... sebab aku pernah jumpa lecturer matematik kat UiTM Arau buat kerbausms - oh Isma Jasmin, ko tidak dapat ku lupai!). Dan saban hari jugak korang tengok kat facebook dan internet ni orang promote itu-ini, inilah prinsip matematiknya pun. Very simple. Sebok mala'un dan dajjal wang-ringgit promote hari-hari kepada sapa2 yang dapat makan umpan dia orang. Beli detox patch (kehkehkeh!), beli ebook satu sen tak guna, jual "sistem biz ni" (hoohoohoo! itu yg mahal tu!)... masing-masing mau tunjuk belang. Masing-masing mau kasi setan dan iblis proud!


Jadi, meh kita senaraikan sistem piramid yang berkeliaran sekarang:
1. Kerbausms - jual sms secara bulk - 1 cari 2 (+unlimited powerlines).
2. LoginFB100hinggit - jual ebook yg boleh dapat free, 1 cari 4.
3. Aleacorp - jual apekemende ntah, 1 cari 3.
4. Mahabbah2u.com - jual hari raya hari tu, 1 cari 5.
5. TurboRM.com - jual sms jugak (mau kasi Hairul cirit), 1 cari 5.
6. Emall - jual tempat iklan internet (yg ada free kat tempat lain), 1 cari 6.
7. VIPOnline - jual Mya Qaisara, 1 cari 4.
8. Unstobebal - juai ayaq liuq - 1 cari 4.

Sumber : Aidid Muadid

Thursday, 15 August 2013

Lisen Mc-Ocean Holding Sdn. Bhd.


Agaknya kenapa PERMOHONAN PEMBAHARUAN DITOLAK?

Jawapan efektif dari KP, QKP and Leaders :

1. Hari ini, kedai yang ditutup sama banyak dengan kedai yang dibuka... bisnes ada untung rugi ma... 
    (Kalo lisen dah x dpt nk diperbaharui tu, ada la something wrong nyer, buka mata anda)

2. Sebenarnya perkara mcm ni setiap tahun berlaku. KPDNKK lambat nak proses, pihak MC-Ocean dah bagi permohonan awal dan akan memohon untuk panjangkan tempoh valid 5 tahun sekali.
(Kepala bapak hang! KPDNKK lambat proses??? kalo dh x dpt tu, ada la salah nyer! tahun depan pun sama jgak... valid setahun, unvalid setahun)

3. Sebenarnya kerajaan telah lama mengiktiraf industri MLM di malaysia, buktinya weujudnya Akta Jualan Langsung dan dapat kawalan daripada pihak kerajaan.
(Kan dah kena sedniri, train FAQ nie,, LOL)

Wahai saudara sekalian, ketahuilah bahawasanya setiap Knight Primear (KP), Challenger Khight Primear (QKP), Prience Primear (PP) dan leaders di dalam MC-Ocean Holding Sdn Bhd dan SD Group ini telah di ajar dengan secukup-cukupnya untuk menjawab soalan daripada anda (prospek). Setiap soalan anda pasti akan dijawab dengan soalan.

Next Entry : Plan Marketing Steady Dynesty Sdn Bhd. yg merupakan pengadar tunggal kepada MC-Ocean Holding Sdn Bhd.


Seminar MLM & U yang mampu bautkan mata hati anda 'cair' bila tengok. Cara nak menarik perhatian. Yang negatif blh jd positif... org gila jer yg kata betol... huh

Pengenalan

Assalamualaikum.

Disini saya akan bongkarkan rahsia dan kebijaksanaan orang2 MLM dalam mengaut keuntungan rakan-rakan dan saudara mara mereka. Khas untuk mereka yang ingin, sedang dan telah terjebak dengan kegiatan MLM ini.

MLM sekarang dan MLM dulu sememangnya ada perbezaan, akan tetapi ia adalah satu teori yang sama dan tujuan yang sama. Cara jer yang berlainan.

Akan saya kongsikan serba sedikit dan akan saya dedahkan sebanyak mungkin rahsia mereka di dalam blog ini, berdasarkan pengalaman saya setelah terjebak dalam MLM selama 5 tahun. Satu kemewahan yang tiada penghujugnya, dan satu siksaan perasaan yg tiada hentinya. Bukan untuk memburukan setiap pengiat MLM, tapi percayalah tiada MLM yang bertahan lama dengan kemewahan yang ada, dan jika ada ianya tidak seperti yang dijangka.

Sasaran pertama pendedahan saya ialah MC-Ocean Holding Sdn. Bhd dan group pengedarnya Steady Dynesty Sdn Bhd atau SD Group. Disini hanya pengenalan. Jika anda ingin tahu plan marketing, produk dan teknik2 yang diguna pakai dalam mengaburi mata-mata prosepk mereka akan saya dedahkan kemudian. Dikatan group terhebat di Asia untuk beberapa tahun berturut2, dan mengaut keuntungan sehingga 68% daripada dwonline. Tea-Party, Training2 LTT, Training Elite dan banyak lagi training yg telah saya hadiri, akan juga saya dedahkan. 

Untuk itu, saya bahagikan penerangan dalam blog saya ini secara berperingkat supaya mudah difahami dan mudahan dapat dijadikan panduan dan kajian serta rujukan bagi yang ingin mengkaji. 

Perlu juga berhati-hati jika anda dibentangkan dengan slide show jika anda dibawa ke office Mc-Ocean atau SD Group, sudah tentu anda akan dihujani dengan FAQ yang kuat-kuat. Ketahuilah, mereka (members) telah ditainingkan dan telah diajar dengan sebaik mungkin untuk menjawab soalan-soalan daripada anda.

Dengan Konsep "Percaya" dan "Bersatu" Group ini berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan tidak semua cendawan itu hidup lama. Ramai yang terjebak dengan group ini, namun antara 100 hanya 10 orang sahaja yang aktif.

Dan ketahui juga pendedahan yang akan saya buat, kenapa Lisen AJL Mc-Ocean tidak dapat diperbaharui. Lisen dapat diperbaharui namun susah untuk diluluskan. Alasan mereka, pihak KPDNKK lewat untuk memproses pembaharuan lisen.

Sekian sahaja untuk pengenalan kepada MC-Ocean Holding Sdn. Bhd. dan SD Group. 

Lain kali saya bongkar lagi.. 


Prince Law : Merupakan org lama dalam SD Group.